tidur ku ibarat duniaku yg baru. memberi harapan yg manis dan membuat aku terkesima dengan keindahannya. semakin aku di dalam, semakin aku hilang dalam keindahannya. dan semakin hari kau membuat tidurku menjadi dunia yg membuatku leka senantiasa. jagaku tidak sebegitu indah. hanya dipenuhi tipu helah dan dipenuhi sang bayu yg kurang menyenangkan. tatkala aku ingin menerokainya, datang pelbagai onar dan dugaan pantas menimpa. sehingga aku kadang kala kecewa. kadang kala berduka. tetapi sunyinya hanya aku dan tuhan dan alam sahaja yang tahu. lenaku menjadi permainanku. siangku makin ku penuhi dengannya. kadang kala bergilir kadang kala panjang. ingin ku selimuti diri dengan baldu. beralaskan keempukan kapas dan tilam lama. sambil ku coretkan kisah kisah misteri. yang kerap kali bermain dalam lenaku. kadang kala mereka kata aku ini gila. malah tidak kurang yang menghina dan mencerca. sedangkan bagiku lena lebih indah. kerana disulami cinta dan lagenda. kerana dipenuhi rahsia dan permainan minda. yang tidak pernah ku temui di dalam jaga.
No comments:
Post a Comment